Sujud Tilawah atau Sujud Sajdah ialah sujud yang disunatkan apabila
membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sujud ini
disunatkan apabila yang membaca itu sujud apabila sampai ke suatu tempat
yang ditentukan. Begitu juga si pendengar juga sunat sujud apabila ia
mendapati si pembaca itu sujud.

Sabda Rasulullah S.A.W : 
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda apabila anak Adam
membaca ayat sajdah, lantas ia sujud maka larilah syaitan menangis dan
berkata, hai celaka anak Adam disuruh sujud mereka sujud maka mereka akan
memasuki syurga, dan aku disuruh sujud aku enggan maka bagi aku api neraka
(Hadits Riwayat Muslim)”

Rukun Sujud Tilawah / Sujud Sajdah

  • Niat (Diluar Sholat)
  • Takbirotul Ihram (Diluar Sholat)
  • Sujud
  • Memberi Salam Seusai Sujud (Diluar Sholat)

Syarat Sujud Tilawah / Sujud Sajdah

  • Suci Dari Hadats Besar Maupun Kecil
  • Menutup Aurat
  • Menghadap Qiblat

Terdapat lima belas tempat di dalam Al Quran yang disunatkan si pembaca
atau pendengar untuk bersujud. Ayat-ayat Sajdah di dalam Al Quran, antara
lain :

  • Surat Al-A’Raaf Ayat 206
  • Surat Ar-Ra’d Ayat 15
  • Surat An-Nahl Ayat 50
  • Surat Al-Israa Ayat 109
  • Surat Maryam Ayat 58
  • Surat Al-Hajj Ayat 18
  • Surat Al-Hajj Ayat 77
  • Surat Al-Furqaan Ayat 60
  • Surat An-Naml Ayat 26
  • Surat As-Sajdah Ayat 15
  • Surat As-Saad Ayat 24
  • Surat Fussilat Ayat 38
  • Surat An-Najm Ayat 62
  • Surat Al-Insyiqaq Ayat 21
  • Surat Al-Alaq Ayat 19
     

 

Share